BM | EN | 中文

Salahuddin serah sumbangan RM20,000 baikpulih masjid di parlimen Pulai

Salahuddin-sumbang-RM-20000-kepada-pembinaan-masjid.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 NOV: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyampaikan sumbangan RM 20,000 kepada Masjid Jamek As-Solihin, Tampoi Johor bagi kerja-kerja baikpulih masjid berkenaan.

Katanya, usaha itu diharap dapat memberi keselesaan kepada jemaah masjid tersebut yang sebahagiannya berdepan kerosakan di bahagian bumbung.

Beliau yang ditemui berkata sumbangan itu diharap meringankan kos baikpulih yang ditanggung pentadbiran masjid tersebut.

Advertisement

“Usaha ini sedikit sebanyak membantu masjid ini yang dilihat memerlukan bantuan. Pihak masjid ada menghubungi pihak kami dan kerja-kerja sedang dijalankan dan ia memerlukan duit untuk pembaikan tersebut.

“Saya berharap sumbangan sedikit sebanyak ini dapat meringankan bebanan para kariah sekaligus memberikan keselesaan kepada jemaah yang hadir di masjid tersebut.

“Kita akan berusaha sedaya mampu untuk membantu mana-mana rumah ibadah yang memerlukan dana seperti ini di Parlimen Pulai,” katanya ketika ditemui.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau turut sempat melawat Balai Polis Kempas yang dinaiki air akibat tanah mendap yang berlaku di parit berhadapan balai polis berkenaan.

“Tanah mendap ini telah menyebabkan parit ini tersumbat dan ianya turut mengakibatkan air tidak dapat mengalir dengan baik.

“Saya akan membawa isu ini kepada pihak berwajib bagi usaha baikpulih dan ia akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Advertisement

“Saya berjanji akan menyelesaikan permasalahan ini. Ia bukan sahaja membabitkan balai polis di sini tetapi deretan kedai dan rumah juga turut dinaiki air akibat tanah mendap,” katanya lagi.

Johorkin

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top