BM | EN | 中文

SALAHUDDIN SEDIA BANTU SELESAI MASALAH NELAYAN

salahuddin-ayub-4.jpg
Advertisement

PONTIAN, 17 OKT : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub bersedia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu membabitkan nelayan di kawasan Tanjung Piai, di sini.

Menurutnya, antara perbincangan dalam rundingan itu termasuklah soal pampasan serta kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para nelayan kawasan itu berikutan terdapatnya projek pembangunan di situ.

“Saya sudah maklum akan perkara itu, namun perkara itu sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri untuk berunding dengan pihak yang membangunkan pulau berkenaan.

Advertisement

“Oleh itu, saya bersedia untuk berunding dengan pihak kerajaan negeri untuk menjadi orang tengah antara nelayan dan pihak yang terbabit.

“Kita juga turut mengenalpasti selepas pembinaan pulau tersebut, air laut menjadi semakin cetek dan hasil tangkapan para nelayan juga merosot teruk kerana gangguan ekosistem kehidupan laut berlaku secara tidak teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab aduan dan permasalahan yang dialami para nelayan di Kawasan Tanjung Piai selepas wujudnya pembangunan di situ sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Advertisement

Dalam pada itu, berkenaan permasalahan tukun tiruan yang telah lama tidak ditukar di kawasan itu, beliau memakluman perkara tersebut akan dikaji semula.

“Saya akan bersama-sama dengan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk mengkaji semula tukun-tukun tiruan untuk digantikan.

“Di kawasan perairan sebelah barat ini, kondisi pantainya adalah berlumpur dan kita akan mengenal pasti tukun tiruan yang lebih sesuai dibina dengan keadaan laut di sini.

Advertisement

“Pihak kami juga akan memfokuskan berkenaan dengan pembiakan ikan serta kehidupan laut dengan lebih efektif lagi,” ujarnya lagi.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top