BM | EN | 中文

Salahuddin santuni penduduk parlimen Pulai, serah bantuan keperluan dan penyukat suhu di masjid

salahuddin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 DIS: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengadakan lawatan muhibah di kawasan parlimennya bagi bertemu rakyat selain menyerahkan beberapa bantuan dan barangan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.

Dalam lawatan tersebut beliau telah berkunjung ke Masjid Habib Hassan Alattas, Johor Bahru, bagi menyerahkan bantuan berupa penyukat suhu untuk kegunaan masjid tersebut.

“Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat baik dari segi petugas Parti Amanah (Amanah), ahli jawatankuasa masjid, kariah dan semua yang terlibat.

Advertisement

“Sumbangan ini diberikan bagi memenuhi permintaan dari mereka serta meringankan bebanan yang dialami oleh mereka.

“Saya juga akan memastikan masjid dan tempat ibadah lain sentiasa terpelihara dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi bagi mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Beliau yang merupakan Timbalan Presiden Parti Amanah turut meluangkan masa melawat beberapa rumah di sekitar kawasan Skudai Kiri, Johor Bahru.

Advertisement

Dalam lawatan tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf yang disenaraikan dalam rekod Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai (PKRPP).

Bantuan berbentuk barang keperluan dan wang tunai diagihkan kepada mereka dalam usaha meringankan bebanan yang dialami.

Salahuddin menambah pihaknya akan berusaha lebih giat lagi untuk memastikan tidak ada seorang pun dari rakyat di Parlimen Pulai tercicir dari menerima bantuan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top