BM | EN | 中文

Salahuddin pertegas 11 MP Amanah tolak belanjawan hari ini

Salahuddin-Ayub-Dewan-Rakyat-MP-Pulai.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 NOV: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan 11 ahli parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) menolak belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya terdapat kekecohan apabila usul bagi diadakan undi belah bahagi di Dewan Rakyat hanya mendapat sokongan daripada ahli-ahli parlimen dari parti Amanah dan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Sokongan untuk mengadakan undi belah bahagi memerlukan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen, namun hanya 13 yang berjaya diperolehi.

Advertisement

“Terdapat kekeliruan dalam cadangan yang disuarakan oleh Speaker Dewan Rakyat dan perkara itu telah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato Mahfuz Omar.

“Berlakunya kekeliruan di situ kerana kesediaan tidak terlahir.

“Akhirnya hanya 13 ahli parlimen dari pembangkang yang berdiri memberikan sokongan kepada cadangan dari Mahfuz tadi.

Advertisement

“Namun walau bagaimanapun saya menegaskan Parti Amanah mengambil prinsip menolak belanjawan tersebut secara ‘total’,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang merupakan Timbalan Presiden Parti Amanah turut menyatakan pendirian dan prinsip Parti Amanah tidak berubah dalam belanjawan kali ini.

“Saya tegaskan di sini, Amanah (parti) menolak belanjawan yang dibentangkan kerana terdapat beberapa kelompongan yang perlu diperbaiki namun tidak dibaiki.

Advertisement

“(Parti) Amanah tetap tegas dengan pendirian sejak dari awal lagi dengan menyatakan penolakan tersebut tanpa ada sebarang prejudis dan ‘demand’ demi untuk kesepakatan dalam mengembalikan semula mandat rakyat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top