BM | EN | 中文

Salahuddin mahu kembalikan senyuman kanak-kanak di parlimen Pulai

salahuddin-ayub-back-to-school-parlimen-pulai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JAN: Ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub akan berusaha mengembalikan senyuman kepada kanak-kanak di parlimen itu, selepas berdepan cabaran pandemik Covid-19 tahun lalu.

Beliau menyatakan komitmen itu susulan cabaran sepanjang tahun 2020 yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak berikutan sekatan segala aktiviti sosial mereka.

“Kegirangan adalah milik kanak-kanak di dunia ini. Memang sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang dewasa membantu mereka ke arah perkara tersebut.

Advertisement

“Sebagai wakil rakyat di sini saya merasakan ia adalah suatu amanah yang dipikul oleh saya untuk mendatangkan kegirangan atau senyuman kepada kanak-kanak di sini.

“Oleh sebab itu pelbagai usaha telah dan akan dibuat bagi meraikan suasana kegirangan tersebut selepas negara kita dilanda dengan bencana wabak pandemik Covid 19,” katanya pada program ‘Back To School’ anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) Pulai dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai di Kempas.

Pada program itu beliau turut memberi sumbangan keperluan pendidikan kepada seramai 250 kanak-kanak.

Advertisement

Tambahnya lagi, program itu diharap dapat membangkitkan semula semangat kanak-kanak untuk kembali ke sekolah.

“Sasaran kita adalah golongan yang terkesan dari segi ekonomi dan mereka yang hilang perkakas atau kelengkapan ketika banjir melanda kawasan mereka baru-baru ini.

“Tujuan lain yang kita cuba lakukan adalah untuk mengembalikan semula semangat kepada murid-murid untuk kembali ke sekolah selain meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga mereka.

Advertisement

“Saya berterima kasih kepada mereka yang membantu serta pasaraya A Mart yang memberikan ruang atau tempat untuk mengadakan program ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top