BM | EN | 中文

Salahuddin kunjungi balai bomba Larkin, hargai jasa anggota

salahuddin-ayub-bomba-Larkin-Johor.jpg

Salahuddin menyampaikan sumbangan kepada wakil anggota di balai bomba Larkin, hari ini

Advertisement

Salahuddin menandatangani buku pelawat Balai Bomba Larkin

JOHOR BAHRU, 2 JUL: Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini meluangkan masa dengan membuat kunjungan ke Balai Bomba dan Penyelamat di Larkin Johor.

Kunjungan itu bagi menghargai jasa dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam usaha mereka melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh.

Ahli Parlimen Pulai itu turut menyatakan bahawa jasa JBPM kepada rakyat di negara ini terlalu besar kerana sanggup mempertaruhkan keselamatan diri, demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Advertisement

“Saya mengucapkan terima kasih pada JBPM disebabkan ketangkasan jabatan tersebut yang berusaha memadamkan kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) baru-baru ini.

“Saya juga ingin berkongsi bahawa tugas sebagai seorang kakitangan JBPM boleh dikatakan sebagai amal jariah yang berpanjangan sesuai dengan saranan yang dituntut dalam agama Islam.

“Selain itu, saya ingin berkongsi rasa kesal terhadap kes yang menimpa Adib.

Advertisement

“Namun saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu, bukan hanya sekadar bercakap seperti pihak-pihak tertentu yang sebelum ini bersuara, dan selepas mereka menjadi kerajaan kes ini dibiarkan,” katanya.

Dalam pada itu JBPM negeri Johor turut merakamkan penghargaan atas kehadiran Salahuddin yang sudi meluangkan masa untuk membuat kunjungan bukan formal.

Hussin Ismail

Menurut salah seorang anggota JBPM, Hussin Ismail berkata, kehadiran Salahuddin ke balai berkenaan dan meninjau secara langsung operasi harian di balai berkenaan membuatkan beliau terharu.

Advertisement

“Pada pandangan saya secara peribadi, kalau YB mendekatkan diri dengan anggota seperti ini adalah lebih baik bagi mengeratkan silaturrahim di antara pemimpin dan masyarakat umum,”

“Hubungan akrab antara pemimpin dan rakyat perlu sentiasa diwujudkan bagi pemimpin mendalami permasalahan di semua lapisan,” katanya.

Ditanya mengenai kelengkapan JBPM beliau berkata keperluan, anggota perlu selari dengan permintaan keadaan pada masa ini.

Advertisement

“Untuk jangka masa panjang, setiap kelengkapan ada peningkatan setiap tahun bagi mengimbangi teknologi masa kini. Segala kelengkapan, anggota dan ilmu mestilah selari dengan keadaan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top