BM | EN | 中文

SALAHUDDIN IKRAR BANTU PH KEKALKAN TANJUNG PIAI, TERUSKAN LEGASI DR FARID

amanah.jpg

PONTIAN, 24 SEPT: Menteri kabinet Datuk Salahuddin Ayub berikrar untuk berusaha sehabis baik bagi membantu kerajaan mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Tanjung Piai dalam pilihan raya kecil akan datang.

Menteri pertanian dan industri asas tani tersebut, yang juga merupakan pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Johor, berkata beliau selaku anak jati Tanjung Piai, tidak rela melihat kerusi itu tumbang semula ke tangan Barisan Nasional dan akan berkubu di kawasan tersebut sepanjang tempoh kempen nanti.

Menurutnya lagi, beliau secara peribadi telah menggerakkan jentera parti Amanah di kawasan parlimen tersebut bagi memastikan PH mengekalkan kerusi tersebut selepas dari kematian mengejut penyandangnya, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik pada 21 September.

“Saya yakin atas rekod baik yang ditunjukkan arwah semasa jadi ahli parlimen dan timbalan menteri… dan personaliti beliau yang begitu berwibawa, saya yakin rakyat di Tanjung Piai boleh buat penilaian adil kepada beliau, dan akan memberi mandat semula kepada PH.

“Apa yang penting, kita pastikan jentera PH diperkukuhkan,” katanya pada satu sidang media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah berkata parti tersebut tidak berbincang berkenaan calon yang hendak dikemukakan, sambil menambah yang ia akan akur dengan segala keputusan Majlis Presiden PH.

“PH sehingga hari ini, mengikut semangat kesepakatan dalam PH, parti yang akan bertanding itulah yang akan meletakkan calon mereka kecuali ada apa-apa perubahan di peringkat majlis presiden. Malam tadi (mesyuarat jentera Amanah) kita dah nasihat kita tak putus calon. Kita tunggu di peringkat majlis presiden.

“Cuma dalam dua hari lepas saya ada bercakap dengan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) oleh kerana kita di Johor sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 kita begitu akrab, maka saya pun beritahu beliau bahawa prinsipnya kerusi Tanjung Piai adalah kerusi Bersatu dan Amanah tiada masalah menbantu.

 

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top