BM | EN | 中文

Salahuddin Ayub nafi keluar parti Amanah

Datuk-Seri-Salahuddin-Ayub.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JUN: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub menafikan akan keluar partinya dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam kenyataannya sebentar tadi Salahuddin berkata, cybertrooper Perikatan Nasional (PN) sangat tertekan dengan perkembangan terkini politik tanah air sehingga terdesak menyebarkan berita palsu.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan laporan palsu tersebut.

Advertisement

“Laporan yang merupakan fitnah murahan itu tidak akan sedikitpun menjejaskan usaha dan komitmen Pakatan Harapan untuk (PH) mengembalikan mandat rakyat dan menyelamatkan negara dari bencana politik PN,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Selain Salahuddin dua nama lain dikatakan akan keluar Amanah adalah Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat) dan Dr. Hasan Baharom (Tampin).

“Saya mengharapkan rakyat Malaysia dapat bersama Pakatan Harapan mendukung dan meneruskan cita-cita membentuk Malaysia Baharu yang bebas rasuah dan penyelewengan serta menegakkan amalan politik yang telus, benar dan tidak berteraskan fitnah dan kepalsuan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top