BM | EN | 中文

Salahuddin Ayub lawat mangsa banijr di Kempas, serah bantuan

salahuddin-ayub-banjir-mangsa-banjir-kempas.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 NOV: Kehadiran ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub ke kawasan Kempas Permatang, di Kempas dekat sini mengubat hati mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Samsudin Ali

Pemilik Inap Desa Alimin, Samsudin Ali, 57, berkata kehadiran Salahuddin amat dialu-alukan penduduk serta bantuan yang diberikan amat dihargai.

“Alhamdulillah, kehadiran ini amat bermakna.

Advertisement

“Musibah banjir kali ini amat berat untuk penduduk terima kerana banjir kali ini airnya naik setinggi 1.5 meter sehingga menenggelamkan banyak rumah di kawasan ini.

“Banyak harta benda mereka musnah. Kehadiran YB bersama bantuan yang disediakan membuatkan mereka dapat senyum semula. Saya doakan mereka semua (mangsa) berada dalam keadaan sejahtera semula.

“Makanan serta keperluan harian turut juga disumbang oleh pihak-pihak yang simpati di sini. Ada juga mangsa yang mengambil inisiatif untuk tinggal di rumah mereka tanpa berpindah di homestay ini,” katanya.

Advertisement

Seramai 43 keluarga tinggal di inap desa berkenaan yang disediakan secara percuma oleh pemiliknya.

Dalam pada itu, Salahuddin ketika ditemui berkata beliau telah menggerakkan jentera dari Pusat Khidmat Parlimen Pulai (PKPP) untuk memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Katanya, banjir di kawasan tersebut telah berlaku terlalu lama dan berharap kerja pemulihan diadakan bagi mengelakkan kejadian ini daripada berulang.

Advertisement

“Kita berharap ‘engagement’ yang telah dilakukan oleh pihak kami dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Kalau tidak setiap kali hujan lebat akan berlaku banjir.

“Mesti ada suatu sistem yang menyeluruh berkenaan perparitan di daerah Johor Bahru ini.

“Bukan sahaja di parlimen Pulai malah di parlimen Johor Bahru, Tebrau, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang.

Advertisement

“Sebenarnya kita sudah banyak kali menghantar peringatan kepada pihak berwajib tapi setakat ini belum ada tindakan yang holistik.

“Kita tak boleh menyelesaikan perkara ini secara runcitan, kita perlu melihat kepada perancangan atau pelan yang menyeluruh dan saya harap perkara itu dapat dilaksanakan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top