BM | EN | 中文

Salahuddin Ayub lancar misi bantu ‘frontliners’ di parlimen Pulai

salahuddin-ayub-mp-pulai-hospital-permai-jb.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JAN: Sebagai tanda sokongan kepada petugas hadapan (frontliner), ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub semalam melancarkan misi bantuan untuk pasukan tersebut.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu ketika dihubungi berkata antara bantuan yang disampaikan adalah berupa sumbangan bahan makanan.

Selain itu beliau turut menyantuni para petugas dan luahan selain memberi sokongan moral mereka.

Advertisement

“Kita menjalankan misi bantuan ini bagi meringankan bebanan yang dipikul barisan hadapan.

“Apa yang penting adalah kebajikan mereka.

“Setakat ini di Parlimen Pulai terdapat dua hospital mengendalikan pesakit Covid-19 dan jentera kita bersedia mendengar apa keperluan mereka.

Advertisement

“Sudah menjadi tanggungjawab saya selaku ahli parlimen di sini untuk memberikan kebajikan mereka yang bertungkus lumus menjalankan tugas memerangi Covid-19 ini,” jelasnya.

Ditanya bentuk bantuan yang akan diberikan Saahuddin berkata, senarai keperluan telah diperolehi oleh pihaknya..

“Bantuan makanan, keperluan kelengkapan PPE dan sebagainya telah disenaraikan dan kami akan berusaha untuk mendapatkan barangan keperluan tersebut untuk diagihkan kepada mereka.

Advertisement

“Kkita akan memastikan suara mereka diangkat untuk didengar oleh kerajaan sebagai satu usaha membantu mereka.

“Ini adalah komitmen pihak kami yang terbatas ketika ini untuk membantu sedaya mungkin pasukan barisan hadapan ini,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top