BM | EN | 中文

Salahuddin agih 12 ekor lembu bagi program ibadah korban di parlimen Pulai

salahuddin-ayub-korban-1441H.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 OGOS: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyampaikan sumbangan sebanyak 12 ekor lembu kepada beberapa buah kampung di Parlimen itu sempena sambutan Aidiladha.

Dalam pada itu Salahuddin turut mengingatkan masyarakat Islam yang melakukan ibadah korban supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulillah pada hari ini saya melakukan ibadah korban di Parlimen Pulai. Sebanyak 12 ekor lembu diagihkan kepada penduduk di beberapa kawasan dalam Parlimen Pulai.

Advertisement

“Antaranya Kampung Pasir, Flat Camar Taman Perling, Kempas, Kampung Sungai Danga dan beberapa tempat,” kata Salahuddin dalam satu kenyataan.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia secara umum dan parlimen Pulai secara khususnya.

Terdahulu, awal minggu ini Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai turut mengedarkan ikan secara percuma kepada penduduk-penduduk di Taman Cempaka dan Flat Taman Bukit Mewah.

Advertisement

“Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top