Oleh: Mohammed Khairul Mohd Ali
PONTIAN, 1 NOV : Peminat bola sepak khususnya penyokong skuad Harimau Selatan dijemput hadir beramai-ramai bagi menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah di Dewan Serbaguna (Komuniti Desa) Telok Kerang di sini, malam esok.
Menariknya, sesi tayangan ‘big screen’ itu akan turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini.
Selain jamuan makan, para pengunjung yang hadir juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam sesi cabutan bertuah.
Program yang akan bermula pada pukul 8.30 malam itu dianjurkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Telok Kerang.
JohorKini