BM | EN | 中文

SAJIAN NASI AMBENG TERPANJANG BAKAL CIPTA REKOD MALAYSIA

HPPNK-2019-Plaza-Angsana-Johor-Bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OGOS: Kenduri rakyat yang menyediakan sajian Nasi Ambeng terpanjang bakal mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records.

Demikian antara kelainan yang akan ditampilkan oleh penganjur pada Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 yang akan diadakan di negeri ini .

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Azulita Salim berkata, sambutan tersebut akan berlangsung selama empat hari bermula daripada 28 November di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Advertisement

Dengan tema ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’ Azulita berkata, pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan akan diperkenalkan pada festival tersebut dan pihaknya menyasarkan 500,000 pengunjung menghadiri sambutan itu.

Dalam pada itu Azulita berkata, pihaknya berharap dapat memupuk kesedaran penggunaan teknologi dalam pengeluaran terutama kepada peladang, penternak, nelayan dan pengunjung dalam sambutan HPPNK itu.

“HPPNK 2019 adalah satu platform untuk menghargai dan meraikan mereka yang terlibat dalam penyediaan makanan di semua peringkat.

Advertisement

“Daripada pengeluaran (peladang, penternak dan nelayan) kepada yang memproses, memasak dan menghidangkan makanan, selain menonjolkan segala teknologi dan inovasi yang digunakan dalam industri makanan,” katanya.

Katanya, sambutan HPPNK pada tahun ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kerajaan Negeri Johor yang mana LPP sebagai agensi pelaksana.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top