BM | EN | 中文

SAINS SUKAN PEMACU PELAN PEMBANGUNAN SUKAN JOHOR 2020-2030

IMG-20191001-WA0000.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 SEPT: Bidang sains sukan melalui kajian dan pembangunan (R&D) merupakan elemen penting yang memacu kepada kemajuan sukan selain melahirkan atlet yang berkelas dunia.

Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, melalui sumbangan bidang sains sukan, penggunaan kepakaran dan teknologi dapat meningkatkan prestasi dan kecemerlangan para atlet.

Katanya, 90 peratus elemen penting sebelum sesuatu pertandingan diadakan bergantung kepada fasa persediaan fizikal.

Advertisement

“Tetapi apabila berdepan pertandingan yang mereka lalui, 80 ke 90 peratus adalah persediaan psikologi.

“Untuk menjadikan Johor maju ke depan dan menjadi enjin utama dalam bidang sukan di rantau ini, sains sukan adalah perkara yang tidak boleh ditinggalkan.

“Apabila kita lihat negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain, sains sukan ini merupakan elemen penting.

Advertisement

“Ada empat elemen yang penting dalam sains sukan, iaitu suaian fizikal, pemakanan sukan, psikologi sukan dan rehabilitasi sukan.

“Ini yang sedang kita terokai dan persiapkan dalam menghadapi Sukma 2020,” kata Sheikh Umar selepas sesi lawatan persiapan atlet Sukma Johor di gimnasium ‘The Cage’ dan Cage Recovery Centre, di sini, semalam.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan Johor kini sedang merangka Pelan Pembangunan Sukan 2020-2030 yang terangkum, lestari dan berdaya saing yang akan dilancarkan selepas selesai kejohanan Sukma 2020, tahun hadapan.

Advertisement

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak hanya akan memberi tumpuan bagi pembangunan infrastruktur dan bidang sains sukan di kawasan Johor Bahru semata-mata, namun akan turut melibatkan beberapa daerah.

“Pembangunan sukan, seperti mana pembangunan juga perlu seiring, di (wilayah) tengah dan utara Johor bagi melengkapkan Johor sebagai teraju sukan tanahair.

“Pasukan Sukma, Majlis Sukan Negeri Johor, Sports Johor dan pelbagai agensi sukan akan dilengkapkan dengan kemahiran sains sukan bagi mencapai sasaran yang diharapkan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top