BM | EN | 中文

Saham KPJ susut susulan cadangan jadi syarikat persendirian

kpjhealth.com_.my_.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Saham KPJ Healthcare Bhd susut sebanyak 6.6 peratus atau lapan sen kepada RM1.13 hari ini berikutan laporan berita bahawa ia akan menjadi syarikat persendirian pada nilai RM5.4 bilion.

Pada jam 5 petang semalam, saham kumpulan penjagaan kesihatan itu ditutup pada RM1.15, enam sen atau 4.96 peratus lebih rendah berbanding penutup pada Jumaat lalu RM1.21 selepas berlegar antara RM1.19 dan RM1.13 sepanjang sesi dagangan.

BH Online memetik media tempatan yang melaporkan bahawa Johor Corp (JCorp) dan dana ekuiti swasta, TPG dijangka menghantar cadangan kepada lembaga pengarah KPJ Healthcare untuk menjadikan kumpulan penjagaan kesihatan itu syarikat persendirian pada nilai RM5.4 bilion.

Advertisement

JCorp dan TPG dijangka menubuhkan syarikat tujuan khas (SPV) yang membuat tawaran untuk mengambil alih saham KPJ antara RM1.20 hingga RM1.25 sesaham.

JCorp memegang 46 peratus kepentingan KPJ, diikuti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 13 peratus dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan 5.4 peratus.

Difahamkan, JCorp dan TPG dalam rundingan dengan bank untuk membiayai cadangan urus niaga itu.

Advertisement

Sementara itu, Affin Hwang Investment Bank dalam nota penyelidikannya berkata, dengan cadangan nilai RM5.4 bilion, urus niaga berpotensi itu menunjukkan penilaian semasa AS$533,000 satu katil atau 13 kali penilaian jangkaan 2022 bagi pendapatan (EV)/pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA).

“Kami mengekalkan unjuran pendapatan, sasaran harga perniagaan seperti biasa 95 sen dan saranan ‘jual’ buat masa ini. Sasaran harga kami tidak mencerminkan penilaian penggabungan dan pengambilalihan (M&A) yang secara lazimnya premium kepada penilaian pasaran saham,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top