BM | EN | 中文

Saham CCM naik susulan laporan kemudahan pembiayaan

Chemical-Company-of-Malaysia-Berhad.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Saham-saham Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) di Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan hari ini susulan laporan ia menerima kemudahan pembiayaan Islam bernilai RM28 juta daripada OCBC Al-Amin Bank, minggu lepas.

Setakat 11.31 pagi ini, saham syarikat itu naik tujuh sen kepada RM2.47 dengan sejumlah 1.69 juta saham saling berpindah tangan.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Jumaat lepas, CMM berkata kemudahan itu yang diterima menerusi anak syarikat milik penuhnya, CMM Chemicals Sdn Bhd, akan digunakan untuk membiayai projek loji gabungan haba dan tenaga (COGEN) di Pasir Gudang, Johor.

Advertisement

Pada 29 Nov, 2019, CCM telah mengumumkan bahawa ia telah menerima kontrak Sime Darby Bhd bernilai RM27.9 juta untuk membina loji tersebut.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top