BM | EN | 中文

Safawi Rasid pamer aksi sulung bersama Portimonense SC

Safawi-Rasid-Portimonense-SC.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Penyerang skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid membuat penampilan sulung bersama skuad bawah-23 tahun (B-23) Portimonense SC dalam perlawanan menentang pasukan Sporting Lisbon di Portugal, awal pagi tadi.

Pasukan diwakili pemain berusia 23 tahun yang dipinjamkan oleh Johor Darul Takzim (JDT) itu bagaimanapun tewas 1-3 dalam perlawanan Liga Revelacao B-23 di Stadium Dois Irmaos.

Bernama melaporkan, Safawi beraksi cemerlang pada sesi latihan dimasukkan sebagai kesebelasan utama pasukan B-23 kelab Portugal itu oleh pengurus Paulo Sergio.

Advertisement

Dalam perlawanan tersebut, Portimonense SC mendahului pada minit ke-18 melalui gol yang dijaringkan pemain dari Brazil Romulo Machado sebelum pemain Sporting Lisbon Rafael Fernandes mengikat kedudukan pada minit ke-28.

Namun dua gol pantas Sporting Lisbon dalam tempoh tiga minit menerusi pemainnya Duarte Carvalho dan Nicolai Skoglund pada babak kedua memaksa Portimonense akur tewas 1-3.

Keputusan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan kedua-dua pasukan dalam Liga Revelacao (zon selatan) dengan Sporting Lisbon kekal di tempat ketiga sementara Portimonense di tangga ketujuh selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top