BM | EN | 中文

SACOFA, MSAR bekerjasama dalam telekomunikasi

SACOFA-MSAR-bekerjasama-dalam-telekomunikasi-1.jpg

Gambar Ehsan The Boneo Post

Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 MAC: SACOFA Sdn Bhd (SACOFA) menandatangani perjanjian definitif dengan MSA Resources Sdn Bhd (MSAR) untuk membentuk pakatan strategik dan menjalankan secara bersama projek infrastruktur telekomunikasi utama di Semenanjung Malaysia.

Perjanjian itu juga akan membolehkan kedua-dua syarikat memberi tumpuan untuk memperluas dan meningkatkan hubungan jalur lebar ke negara-negara ASEAN seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.

“Perjanjian definitif itu dijangka akan mengukuhkan lagi infrastruktur telekomunikasi digital Malaysia dan memberi prospek yang baik kepada pertumbuhan ekosistem telekomunikasi secara keseluruhan di negara ini selain menyokong pelan tindakan telekomunikasi negara secara keseluruhan,” menurut kenyataan bersama mereka.

Advertisement

Di bawah perjanjian yang ditandatangani secara maya hari ini, penyedia infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi Sarawak, SACOFA mengambil alih 30 peratus permulaan dalam MSAR yang akhirnya akan naik kepada 50 peratus.

Pengarah Urusan MSAR Saiful Husni Samak berkata syarikat kini sedang membina rangkaian gentian optik baharu, melibatkan 1,063 km dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam antara pembinaan rangkaian gentian optik terpanjang yang sedang dijalankan di Semenanjung Malaysia.

“Kini, dengan SACOFA, kami akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk melaksanakan perkhidmatan infrastruktur mudah alih seperti menara dan tiang untuk 5G di sepanjang semua lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia.

Advertisement

“Rangkaian dengan latensi rendah baharu ini akan menjadi platform untuk penggunaan teknologi masa depan di sepanjang lebuh raya seperti Internet of Things (loT), lebuh raya pintar, kenderaan autonomi dan banyak lagi,” katanya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SACOFA, Mohamed Zaid Zaini berkata perjanjian itu membolehkan kedua-dua syarikat bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar.

“la turut membantu merapatkan jurang digital selain membina asas apabila platform teknologi yang akan datang seperti 5G dan Revolusi Perindustrian 4.0 mungkin dilaksanakan, sejajar dengan inisiatif kerajaan yang berterusan dan usaha oleh perkongsian awam-swasta,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top