BM | EN | 中文

Sabah memilih hari ini

PRN-SABAH.jpeg
Advertisement

KOTA KINABALU, 26 SEPT: Hari ini lebih 1.12 juta orang pemilih berdaftar di Sabah akan membuat penentuan bagi mengundi wakil rakyat masing-masing mulai jam 8 pagi tadi.

Pilihanrya Negeri (PRN) kali ini diadakan berikutan cubaan Musa Aman, yang digagalkan ketika bekas Ketua Menteri itu mahu mengambilalih kerajaan negeri bersama sejumlah wakil rakyat Sabah yang berpaling tadah akhir Julai lalu.

Pada 30 Julai – Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin, bersetuju atas nasihat  Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal untuk membubarkan DUN Sabah.

Advertisement

PRN ini menyaksikan buat kali pertama Perikatan Nasional (PN) bertanding bersama-sama BN serta parti tempatan yang bersekutu dengan mereka.

Parti Warisan cuba mempertahankan kerajaan Sabah dengan kerjasama DAP, PKR, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) menjadi Warisan Plus.

Manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan PN, BN and Parti Bersatu Sabah (PBS).

Advertisement

Selain itu beberapa tempatan seperti Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan calon bebas turut bertanding.

Sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan berbanding 60 sebelum ini.

PRN kali ini juga diadakan ketika ancaman wabak Covid-19 masih meluas dengan banyak kes dilaporkan di negeri ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top