BM | EN | 中文

Sabah FC turun tanpa dua tonggak import berdepan JDT esok

sabah-FC.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 OGOS: Sabah FC menghadapi cabaran getir berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor malam esok (8 Ogos) selepas dua tonggak importnya tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Ketua Jurulatihnya Kurniawan Dwi Yulianto berkata Park Taesu, pemain tengah pertahanan dari Korea Selatan dan Josip Ivancic, penyerang Croatia, disahkan tidak dapat bermain akibat kecederaan.

Beliau berkata menentang pasukan yang serba lengkap dalam setiap posisi seperti JDT memerlukan pemain yang mempunyai tahap kecergasan 100 peratus, justeru barisan jurulatih akan menilai kesebelasan utama terbaik bagi menghadapi skuad Harimau Selatan itu.

Advertisement

“Kita tahu JDT pasukan yang kuat, malah di Stadium Likas sebelum ini kita ditewaskan 1-4. Kemudian pasukan kami juga belum dapat diperkuat sepenuhnya, jadi kita harus menggunakan sebaik mungkin tenaga pemain sedia ada dengan jadual perlawanan yang sangat padat ini.

“Tentunya kita harus berfikir bagaimanakah ‘rotation’ permain dan taktikal yang akan digunakan untuk menghadapi JDT malam esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kurniawan berkata dalam perlawanan malam esok, skuad The Rhinos amat memerlukan Levy Madinda, perancang tengah import dari Gabon untuk mempamerkan aksi terbaik terutama dalam usaha pasukan itu mengawal permainan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top