BM | EN | 中文

RUU gangguan seksual perlu disegerakan – Adun Maharani

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg
Advertisement

MUAR, 20 FEB: Cadangan untuk membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) gangguan seksual yang dikemuka ahli parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah perlu disokong semua pihak.

Adun Maharani, Nor Hayati Bachok berkata, undang-undang khusus menangani gangguan seksual itu penting bagi melindungi golongan wanita yang kerap menjadi mangsa seperti mana dilaporkan media baru-baru ini.

“Perkara ini penting dan kerajaan perlu menyegerakan hal ini dengan menarik balik Proklamasi Darurat, memanggil sidang Parlimen segera dan membentangkannya di dalam sidang Dewan Rakyat.

Advertisement

“Saya menyokong penggubalan RUU ini dan seperti yang kita lihat gangguan seksual yang berlaku terhadap wanita kebelakangan ini amat membimbangkan.

“Kita tidak mahu kerajaan lalai dalam tanggungjawab mereka dan RUU ini penting demi menjaga maruah serta kehormatan kaum wanita,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu beliau turut menegur Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta timbalannya yang dilihat tidak memberi fokus kepada hal tersebut.

Advertisement

“Sehingga hari ini kita masih menanti dasar dan polisi baharu yang dilaksanakan oleh kementerian tersebut dalam melindungi hak wanita dan menjamin keadilan kepada mangsa.

“Perkara inilah yang amat membimbangkan kita sebab rakyat di bawah masih terumbang ambing tanpa sebarang perlindungan. Inilah pentingnya RUU ini disegerakan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Wan Azizah berkata, RUU itu perlu dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang, dibahas dan diluluskan supaya orang awam khususnya wanita berasa lebih selamat dan dilindungi.

Advertisement

Dalam kenyataan bersama Wan Azizah dan ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh keduanya kesal dengan dengan kes gangguan terhadap seorang wanita yang dilapor melibatkan anggota polis.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top