BM | EN | 中文

Rundingan semakan harga air Malaysia – Singapura ditangguh akibat Covid-19

tambak-johor-air-terawat-dari-singapura.jpg

Gambar Fail

PASIR GUDANG, 8 SEPT: Rundingan antara kerajaan Malaysia dan Singapura mengenai semakan semula harga air di bawah perjanjian Air Sungai Johor 1962 dihentikan sementara akibat pandemik Covid-19.

Perkara itu dinyatakan Kementerian Luar kepada ahli parlimen Pasir Gudang, Hasan Karim melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bertarikh 28 Ogos.

“Rundingan antara kedua-dua negara kerajaan mengenai semakan semula harga air di bawah Perjanjian Sungai Johor 1962 terpaksa dihentikan buat sementara waktu disebabkan penularan wabak Covid-19 sejak Januari 2020.

“Perbincangan dan rundingan akan diteruskan semula selepas krisi Covid-19 di Malaysia dan SIngapura pulih sepenuhnya,” menurut jawapan Kementerian Luar.

Terdahulu Hassan dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan tarikh kerajaan Malaysia dan Singapura menyelesaikan isu semakan semula harga air di bawah Perjanjian Air Sungai Johor 1962 antara Malaysia dengan Singapura.

Sementara itu Kementerian Luar berkata, jualan air mentah pada kadar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen adalah terlalu rendah dan tidak menguntungkan negara.

“Sehubungan itu, Malaysia sentiasa menekankan pendirian berhubung hak untuk menyemak semula harga air mentah semasa pertemuan-pertemuan dua hala dengan pihak Singapura,” katanya.

Kementerian Luar menjelaskan perjanjian yang dimeterai pad 1961 dan 1962 itu perlu dilihat dalam konteks rundingan ke arah pembentukan Malaysia pada 1963.

Kadar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen bagi harga air mentah Johor dan 50 sen bagi 1,000 gelen bagi air terawat yang ditetapkan ketika itu mengambilkira gabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia.

“Walaubagaimanapun, pada 1965, kedua-dua negara telah berpisah dan ini telah dilaksanakan melalui Perjanjian Perpisahan 1965.

“Dalam komitmen kedua-dua negara menjamin pelaksanaan Perjanjian Air Sungai Johr 1962, melalui Perjanjian Perpisahan 1965, jaminan untuk menyemak semula harga air mentah turut terpelihara,” katanya.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top