BM | EN | 中文

Rumah warga emas di Kluang jadi ‘kluster baru’ COVID-19 ditutup sementara

Bandar-Kluang-Johor.jpg

Bandar Kluang (Gambar Ehsan Blog Kamus Bergerak)

Advertisement

KLUANG, 21 JUL: Kerajaan menutup sebuah rumah warga emas di Kluang, Johor sementara selepas satu kluster baru Covid-19 dikesan di sini semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di kawasan itu memandangkan semua 13 individu yang disahkan positif Covid-19 pada masa ini tinggal di dalam rumah tersebut.

“Kita telah mengenakan penutupan secara pentadbiran (di rumah itu),” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Advertisement

“(Jika isytihar PKPD) kita terpaksa larang pekerja yang tinggal di luar daripada masuk. Kita benarkan mereka masuk tetapi akan jalankan ujian swab terhadap mereka.

“Bagaimanapun mungkin selepas ini, NGO dan orang awam yang sebelum ini (sering) adakan lawatan tidak dibenarkan masuk selama 14 hari, atau selama rumah jagaan itu ditutup,” katanya lagi.

Katanya lagi, prosedur biasa seperti ujian saringan akan dilakukan kepada mereka yang tinggal dan bekerja di pusat itu.

Advertisement

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam berkata, kluster baru tersebut dikesan setelah seorang lelaki berusia 72 tahun yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom pada 17 Julai lalu dilaporkan sebagai kematian Covid-19 yang ke-123.

Berikutan itu pengesanan kes aktif dimulakan dengan 39 orang diperiksa dan 14 daripada mereka kemudiannya disahkan positif COVID-19 (termasuk kematian), 18 negatif dan tujuh lagi sedang menunggu keputusan mereka.

Daripada 14 mereka yang didapati positif itu, 11 adalah warga emas, seorang pekerja pusat itu dan seorang ahli keluarga

Advertisement

Penutupan pentadbiran akan membolehkan pekerja yang tinggal di luar terus ke pusat itu untuk menjaga warga emas di sana.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top