BM | EN | 中文

PH Johor wujudkan dasar perumahan rakyat atasi kegagalan pemaju

9A1F9E8F-50CE-45D7-9691-35902B39CB29.jpeg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 Feb: Komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) Johor untuk membina rumah mampu biaya kepada golongan yang memerlukan pernah mendapat reaksi pesimis pihak tertentu.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN N49 Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, sikap pesimis tersebut disebabkan oleh kegagalan syarikat pemaju perumahan yang diamanahkan gagal menunaikan tanggungjawab membina 150,000 rumah mampu biaya.

“Berasaskan kepada track-record sebab semasa kita pegang Exco Perumahan, kita dapati bahawa lebih kurang 150,000 rumah mampu biaya tidak dibina oleh pemaju perumahan disebabkan kelemahan kepada Dasar Perumahan Negeri Johor,” ujarnya.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam siri bual bicara Borak Santai Lontong Teh Tarik, yang bersiaran secara langsung di Facebook Johorkini, malam tadi.

Semasa pentadbiran PH Johor, Dzulkefly merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor.

Sehubungan dengan kelemahan yang berlaku, Dzulkefly berkata, melalui pihaknya telah menyemak semula kelemahan yang wujud dalam dasar tersebut serta melakukan pemulihan dan penambahbaikan.

Advertisement

“Alhamdulillah, pada 1 April 2019, dasar ini telah kita perkenalkan Dasar Perumahan Rakyat Johor 2.0 dengan pelbagai penambahbaikan.

“Dengan itu kita mengharapkan insiden 150,000 rumah mampu biaya yang tidak dibina oleh pihak pemaju biaya itu dapat kita atasi,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin perlu mempunyai kehendak yang kuat untuk menunaikan amanah dengan memastikan rakyat menikmati keperluan asas yang sempurna.

Advertisement

“Kita sebagai kerajaan kena ada political will, mesti mempunyai kehendak untuk melaksanakan keperluan rakyat iaitu kediaman. Kita mesti mempunyai kehendak untuk membina (rumah mampu biaya).

Katanya lagi, jika diberikan peluang kepada PH untuk mentadbir semula Johor, beliau yakin segala tawaran yang pernah dijanjikan akan dapat ditunaikan serta mengembalikan inisiatif berbentuk kebajikan seperti Kad Sihat yang dibatalkan semasa pentadbiran BN-PN.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan selepas pembubaran DUN pada 23 Januari 2022.

Advertisement

AMANAH yang bertanding di bawah logo PH meletakkan 16 calon termasuk daripada sayap wanita dan pemuda.

Tarikh penamaan calon akan diadakan pada 26 Februari, pengundian awal pada 8 Mac dan pengundian pada 12 Mac.

Seramai 2.6 rakyat Johor layak mengundi pada PRN kali ke-15 ini.

Advertisement

Undian ini penting untuk menentukan masa depan Johor bagi tempoh lima tahun lagi.

Para pengundi yang berada di luar Johor diharapkan pulang mengundi untuk memilih calon wakil rakyat di tempat masing-masing.

Sekiranya pengundi berdepan kesukaran untuk pulang mengundi, sila layari johorngundi.com untuk mendapatkan bantuan atau memberi sumbangan.

Advertisement

Share this post

scroll to top