BM | EN | 中文

Rumah teres musnah terbakar

IMG-20200224-WA0003.jpg

Sebuah rumah teres jenis kekal di Kampung Parit Kemin, di sini musnah terbakar dalam kejadian petang, semalam.

Advertisement

MUAR, 24 FEB : Sebuah rumah teres jenis kekal di Kampung Parit Kemin, di sini musnah terbakar dalam kejadian petang, semalam.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Jefri Jamal berkata, pusat gerakan operasi Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah itu melalui talian MERS 999 pada jam 7.36 petang.

Katanya, sebuah jentera dan satu water tanker dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Muar dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

Advertisement

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres. Kesan kebakaran telah memusnahkan 95 peratus dari keseluruhan rumah tersebut.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 300 kaki, dua pancutan dan air tangki pam jentera.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih di dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada jam 9.10 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top