BM | EN | 中文

Rumah terbakar, OKU maut

kebakaran-maut-update.jpg
Advertisement

MUAR, 4 JAN: Seorang lelaki maut akibat kebakaran rumah di Taman Pagoh Jaya, kira jam 12 tengahari tadi.

Mangsa, Mohd Ata Maarof, 28 merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) meninggal dunia akibat 80 peratus badannya melecur.

Difahamkan, mangsa berkerja di Kuala Lumpur dan pulang ke rumah ibunya untuk bercuti dan sepatutnya mangsa pulang ke Kuala Lumpur hari ini untuk kembali bekerja esok.

Advertisement

Menurut Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Husaini Eddy Mustafa dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, kebakaran berlaku di bahagian dapur rumah.

“Kebakaran yang memusnahkan 60 peratus rumah itu melibatkan mangsa yang berada di bahagian dapur,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, pihak bomba menggunakan dua aliran salir bantu untuk melaksanakan proses pemadaman.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top