BM | EN | 中文

Rumah terbakar, lima keluarga di Pontian tinggal sehelai sepinggang

Kebakaran-Pontian-Nov-2020.png
Advertisement

PONTIAN, 9 NOV: Seramai 21 penduduk melibatkan lima keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah didiami mereka musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Sri Dungun, dekat Pontian, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Penolong Penguasa Bomba Azhar Jalil berkata kebakaran itu melibatkan rumah setinggan separuh kekal berhampiran Sungai Pontian Besar.

Beliau berkata lima jentera dan 21 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.24 pagi.

Advertisement

“Kami dimaklumkan kebakaran itu bermula dari bahagian dapur salah sebuah rumah, sebelum kepulan asap kebakaran disedari penduduk di seberang sungai itu.

“Operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 8.35 pagi tadi. Kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan atau kematian kerana semua mangsa sempat menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Azhar, punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mustafa Bakri Salleh, ketika dihubungi, berkata kesemua mangsa melibatkan empat lelaki, lima wanita, enam kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan serta dua wanita warga emas.

“Kesemua mereka kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pontian Besar yang dibuka sebagai pusat pemindahan sementara,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top