BM | EN | 中文

Rumah ‘Nek Com’ di Kluang akhirnya ceria

gotong-royong-PH-kluang-rumah-nek-com-kampung-melayu.jpg
Advertisement

KLUANG, 27 JUL: Rumah warga emas yang tinggal besendirian, dekat Jalan Bunga Raya, Kampung Melayu, Kluang hari ini ceria selepas dibersihkan melalui satu aktiviti gotong-royong.

Program gotong -royong membersihkan rumah Com Binti Omar, atau lebih mesra dengan panggilan Nenek Com dijayakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama sukarelawan Pakatan Harapan (PH) Kluang.

Program yang bermula 9 pagi semalam itu turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang membuat punggahan barangan tidak terpakai serta mencuci di bahagian dalam rumah.

Advertisement

Adun Mahkota, Mad Said Jonit berkata, jentera PH Kluang termasuk dari DUN Mahkota ditugaskan bagi kerja-kerja mengecat, menggantikan langsir, membersihkan peralatan serta kawasan di sekitar rumah.

“Ini adalah kebajikan yang kita lakukan bersama-sama jentera PH Kluang. Kita tidak mahu beliau (Nek Com) hidup di dalam keadaan yang tidak lengkap serta kotor kerana boleh mengundang penyakit

“Kita mendapat maklum bahawa beliau hanya tinggal seorang diri di rumahnya. Justeru gotong-royong ini diadakan bagi meringankan beban yang dipikul beliau.

Advertisement

“Saya juga berterima kasih kepada NGO Jingga 13 dan lain serta jentera PH Kluang yang turut sama membantu dalam menjayakan usaha ini,” katanya.

Seramai lebih 30 sukarelawan hadir dalam program tersebut yang turut melibatkan agensi, jabatan dan Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Hadir sama Adun Mengkibol, Chew Chong Sin dan juga Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top