BM | EN | 中文

Rumah kedai di Jalan Besar Kampung Parit Yob musnah dalam kebakaran pagi tadi

rumah-terbakar-1.jpg

Keadaan rumah kedai yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Advertisement

BATU PAHAT, 23 DIS: Sebuah rumah kedai di Jalan Besar, Kampung Parit Yob, di sini musnah dalam satu kebakaran yang berlaku awal pagi hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Muhammad Syamil Arifin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenan kejadian pada jam 4.17 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati hampir keseluruhan rumah kedai berkeluasan 30 x 70 kaki itu telah dimusnahkan dalam kebakaran.

Advertisement

“Bagi memastikan kebakaran dapat dikawal, kami turut mendapatkan bantuan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Muhammad Syamil turut berkata, operasi pemadaman menggunakan satu aliran 300 kaki dan satu cabang pembahagi dengan dua pancutan.

“Tiada mangsa dan kecederaan dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Advertisement

“Operasi membabitkan dua jentera dengan seramai 13 pegawai dan anggota itu kemudian ditamatkan pada jam 6.53 pagi,” tambahnya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top