BM | EN | 中文

Rumah hangus terbakar, tiga warga emas di Muar terselamat

Rumah-hangus-terbakar-tiga-warga-emas-di-Muar-terselamat.jpg

Keadaan rumah berkenaan yang terbakar di Jalan Kalidi, Muar pagi tadi

Advertisement

MUAR, 29 DIS : Tiga warga emas terselamat dalam kejadian kebakaran berlaku di sebuah rumah di Jalan Kalidi, Muar pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II Heza Aris, berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 10.31 pagi.

Katanya, seramai 16 anggota dengan dua jentera serta satu water tanker digerakkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Kebakaran berkenaan melibatkan rumah jenis separuh kekal yang terbakar 90 peratus.

“Ketika kejadian terdapat tiga warga emas di dalam rumah tersebut namun berjaya menyelamatkan diri.

“Tindakan operasi pemadaman menggunakan dua aliran dua breeching 300 kaki empat pancutan air pam jentera,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada jam 12.27 tengah hari.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top