BM | EN | 中文

Rumah di Taman Johor Jaya terbakar

kebakaran-4-01-scaled.jpg

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 FEB: Sebuah rumah di Jalan Teratai dekat Taman Johor Jaya, di sini terbakar pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Raja Yusrin Unin berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan tentang kebakara berkenaan melalui sistem talian MERS999 pada jam 9.53 pagi.

Advertisement

Katanya, dua jentera FRT dan satu jentera WaterTanker dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya ,BBP Tebrau dan BBP Larkin dengan kekuatan seramai 22 anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) ditempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat struktur dari jenis kekal berkeluasan 22X75 kaki.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik tidur di tingkat dua berkeluasan22X30 kaki. Kesan kebakaran telah memusnahkan 45peratus daripada keseluruhan rumah.

Advertisement

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 100 kaki satu nozel air dari pili bomba dan satu aliran salur bantu mula air dari pam jentera.

Beliau berkata, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih di dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam lebih kurang 11.19 pagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top