BM | EN | 中文

Rumah di Taman Damai Bayu, Sg Rengit retak, penduduk mohon perhatian

rumah-taman-bayu-damai-sg-rengit-retak.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 7 OGOS: Penduduk di Taman Damai Bayu, Sungai Rengit memohon perhatian dari pihak berwajib bagi membantu menyelesaikan masalah rumah retak yang menimpa mereka semenjak beberapa tahun lalu.

Tapak rumah yang lompong akibat kerja tambakan tidak sempurna

Dalam tinjauan, kira-kira 30 unit rumah di kawasan perumahan ini mengalami masalah keretakan terutamanya di bahagian dinding selain kelompongan di bahagian parit dan tapak rumah akibat mendapan tanah.

Dipercayai masalah tersebut berlaku akibat kerja tambakan tanah dan pembinaan rumah yang tidak mengikut prosedur.

Advertisement

Salah seorang penduduk Taman Bayu Damai, Mohd Anis Hasnan, 48, berkata, keretakan dan kerosakan rumah ini mula dikesan sekitar tahun 2016, dan sudah dipanjangkan kepada pihak pemaju namun tiada tindakan lanjut.

“Keretakan yang berlaku amat teruk sehingga saya kerapkali membaiki bahagian yang retak dan menongkat beberapa bahagian rumah dengan besi.

“Kerosakan ini bukan saja menelan belanja yang banyak, malahan membuatkan kami sekeluarga berasa tidak selamat dan ini turut dirasa oleh penduduk lain”, katanya kepada pemberita.

Advertisement

Keretakan dinding jelas kelihatan pada sebuah rumah dekat Taman Damai Bayu, Sungai Rengit, Pengerang

Tambah Anis lagi, beliau harap masalah ini dapat diangkat untuk diselesaikan memandangkan masalah ini telah lama disuarakan namun tidak bertemu jalan buntu.

Hadir sama dalam program turun padang bagi mendengar aduan penduduk Taman Damai Bayu ialah ADUN Tanjung Surat, Syed Sis Syed Abdul Rahman.

Setelah mendengar dan meninjau rumah penduduk yang mengalami keretakan, beliau bercadang untuk membawa perkara ini ke peringkat kerajaan negeri dan mencadangkan agar sebuah jawatankuasa bertindak khas ditubuhkan.

Advertisement

“Peranan Jawatankuasa Khas Taman Damai Bayu ini menyelesaikan masalah keretakan dan kerosakan rumah penduduk khususnya hal berkaitan teknikal dan keselamatan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top