BM | EN | 中文

Rumah di Felcra Sungai Layau terbakar

IMG-20200107-WA0009.jpg

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran

Advertisement

KOTA TINGGI, 7 JAN : Sebuah rumah di Jalan Seroja dekat Felcra Sungai Layau, di sini, terbakar, pagi tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Komander kes itu, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fadli Ismail berkata, dua jentera membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar dan BBP Kota Tinggi melibatkan 12 anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

“Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah melalui MERS 999 pada jam 11:39 pagi.

Advertisement

“Setibanya Pasukan Tindakan Operasi (PTO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran rumah struktur kekal berukuran 40x90x12 kaki. Tiada mangsa yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam lebih kurang 2.05 petang

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top