BM | EN | 中文

Rumah baru di Kangkar Pulai alami masalah dinding retak

dzulkefly-ahmad-lawat-rumah-dinding-retak-kangkar-pulai-taman.jpg

Dzulkefly (enam dari kiri) bertemu penduduk dan melawat rumah yang mengalami keretakan dinding di Taman Pulai Hijauan, Kangkar Pulai

Advertisement

GELANG PATAH, 24 JUL: Seramai 300 penduduk di kawasan Taman Pulai Hijauan di Kangkar Pulai, Johor membuat aduan melalui petisyen berikutan keadaan rumah mereka mengalami kerosakan teruk pada dinding dan lantai.

Perkara itu dijelaskan Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad selepas tinjauan serta bertemu penduduk di taman berkenaan.

Difahamkan, rumah-rumah di taman tersebut berharga kira-kira RM400,000.

Advertisement

Katanya kerosakan dapat dilihat melalui fizikal bangunan, antaranya keadaan dinding rumah seperti mereput dan boleh dipecahkan dengan hanya menggunakan jari.

“Terdapat lebih 300 rumah di kawasan ini mengalami kerosakan teruk. Tempoh liabiliti pemaju selama 24 bulan telah berlalu tetapi kerosakan itu masih terus berlaku.

“Ini menunjukkan mutu pembinaan tidak begitu baik dan pihak penduduk telah mengumpulkan senarai hampir 300 nama untuk membuat tindakan.

Advertisement

“Saya mencadangkan beberapa perkara untuk menyelesaikan isu ini termasuk langkah-langkah yang perlu diambil oleh penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.

Dzulkefly berkata beliau akan membawa suara penduduk tersebut kepada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ayub Jamil bagi tindakan lanjut.

“Saya telah berbincang dengan YB Ayub untuk mengadakan pertemuan dengan pihak pemaju perumahan Taman Pulai Hijauan bersama wakil penduduk minggu hadapan.

Advertisement

“Sekiranya pertemuan tidak berhasil atau positif, maka saya mencadangkan penduduk membuat laporan kepada tribunal pembeli rumah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mendapatkan pampasan.

“Maksima (bagi) pampasan melalui tribunal ini adalah RM50,000. Tindakan seterusnya adalah saman yang lazim dilakukan penduduk terhadap pemaju dalam kes (rumah) terbengkalai dan seumpamanya,” katanya lagi.

Tambahnya, usaha yang dilakukan itu diharap dapat membuahkan hasil sekaligus membantu penduduk agar dapat mendiami rumah mereka dalam keadaan yang lebih selesa.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top