BM | EN | 中文

Rukun Negara tonggak perpaduan dan kehamonian

Ramakrishnan.jpg

Ramakrishnan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 JAN: Perpaduan jitu dalam kalangan rakyat merupakan tonggak kejayaan kepada kemakmuran sesebuah negara sekiranya mereka menjiwai prinsip-prinsip di dalam Rukun Negara.

Exco Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dr S Ramakrishnan berkata, rakyat Malaysia secara umum dan di Johor secara khususnya perlu sentiasa mengamal dan membudayakan Rukun Negara sebagai amalan hidup seharian.

“Generasi hari ini dapat mewarisi benih perpaduan sebenar dan rakyat yang bersatu padu sekaligus menjunjung cita-cita yang tertakluk di dalam Rukun Negara

Advertisement

“Tanpa adanya sikap penerimaan, perpaduan, persefahaman dan saling menghormati di dalam masyarakat, sudah tentu rakyat tidak dapat menikmati kehidupan dalam suasana yang harmoni serta aman damai,” katanya dalam perutusan Tahun Baru Cina, kelmarin.

Beliau yang juga ADUN Bekok berkata, perayaan Tahun Baru Cina merupakan salah satu daripada khazanah kebudayaan negara perlu diraikan bersama-sama.

“Di dalam sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, kita dapat meraikan kepelbagaian ini dengan penuh keharmorian dan keamanan.

Advertisement

“Semoga sambutan Tahun Baru Cina kali ini memberi kita segala kegembiraan dan kasih sayang.

“Marilah kita bersama-sama memelihara dan mengekalkan kemanan dan keharmonian negara yang kita cintai ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top