BM | EN | 中文

“Rugi jadi anak muda di Malaysia”

IMG-20200416-WA0002.jpg

Serudin Soud

Advertisement

BATU PAHAT, 1 NOV: Anak muda di negara ini boleh dikatakan golongan paling terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Serudin Soud berkata, kesan dihadapi anak muda di negara ini seperti tidak didengari oleh kerajaan.

Katanya, pengumuman Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin yang akan mempertimbangkan untuk memberi pas sementara kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah menghancurkan harapan anak muda di negara ini.

Advertisement

“Betapa ruginya anak muda di negara ini bila mendapat kerajaan yang langsung tidak cakna kepada nasib mereka apatah lagi bila pengumuman kerajaan untuk memberikan pas sementara kepada PATI diumumkan.

“Beberapa responden anak muda yang diperolehi menyatakan luahan bagaimana nasib mereka dipermainkan oleh kerajaan apabila melebihkan ‘orang luar’ berbanding diri mereka.

“Usaha kerajaan untuk membuka peluang kepada anak muda dalam menceburi bidang atau sektor ekonomi, industri, pertanian dan sebagainya di negara ini tidak wujud,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau yang merupakan ahli jawatankuasa pemuda parti Amanah turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan mengumumkan perkara tersebut.

Tambahnya, kerajaan harus bergerak seiring dengan pihak swasta dalam mengembleng tenaga mengambil pekerja rakyat Malaysia sebagai usaha mengurangkan pengangguran yang berlaku.

“Lebih 400,000 anak muda yang hari ini tidak berkerja atau hilang punca pendapatan akibat dari pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Advertisement

“Seharusnya tindakan kerajaan menggembleng tenaga bersama dengan pihak swasta atau badan-badan lain perlu difokuskan bagi mencari peluang kepada anak muda.

“Tidak sepatutnya kerajaan memikirkan soal PATI dari anak muda di negara ini. Usaha perlulah mampan atau bersungguh dalam membina semula ekonomi anak muda di negara ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top