BM | EN | 中文

RUGI ANGKAT PEMBANGKANG JIKA HANYA TIDAK PUAS HATI-ANWAR IBRAHIM

IMG-20191112-WA0001.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN, 12 NOV: Rakyat rugi sekiranya mengangkat pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai hanya kerana tidak berpuas hati dengan prestasi Pakatan Harapan (PH).

Advertisement

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, hal itu kerana rakyat telah memilih PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) untuk menolak pemimpin salah guna kuasa.

“Kita dengar rintihan rakyat, memang ada masalah ekonomi, kaum, agama, tetapi apakah ini menyebabkan kita tukar pendirian tentang kerajaan dan dasar seluruhnya.

“Sebab apa kita tukar dahulu, sebab kita tidak mahu pemimpin yang salah guna kuasa, curi duit rakyat, ini isu pokok,” katanya ketika berucap pada Ceramah Pilihan Raya di Taman Utama, Pekan Nanas, di sini, malam tadi.

Advertisement

Tambah Anwar, rakyat perlu akui kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini sedang melakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengingatkan pemimpin PH untuk memberi fokus kepada ekonomi negara dan bukan sebaliknya.

“Masalah nombor satu dalam negara ini adalah ekonomi, ini yang mesti kita selesaikan dan bukan bergaduh (sesama sendiri).

Advertisement

“Kita perlu melihat gambaran lebih besar, kita perlu fokus pada ekonomi negara, mutu pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

“Masalah di negara kita ini bukan masalah kaum, tetapi masalah pemimpin yang curi duit rakyat, sebab itu kita sokong PH.Kita mahu angkat pemimpin yang tidak salah guna kuasa,” ujarnya lanjut.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top