BM | EN | 中文

RTM TIDAK KETINGGALAN LAKUKAN TRANSFORMASI SESUAI PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

IMG-20191031-WA0008.jpg
Advertisement

PONTIAN, 31 OKT : Ledakan teknologi maklumat seperti kewujudan media sosial memberi impak dan cabaran kepada siaran radio konvensional dalam melaksanakan peranan menyediakan saluran komunikasi yang efisien.

Pengerusi Jawatakuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, menyedari fenomena itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan membuat transformasi melibatkan format siaran radionya yang sentiasa diolah dan disesuaikan mengikut perkembangan teknologi semasa.

Menurutnya, ia bagi memastikan fungsi radio kekal menjadi medium komunikasi yang relevan sepanjang zaman.

Advertisement

“Buktinya, menerusi pelancaran radio bervisual RTM pada April lalu oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah membuka satu lagi dimensi baharu radio RTM kerana bergerak seiring transformasi teknologi media.

Dzulkefly ketika berucap

“Bukan sahaja pembaharuan stesen di peringkat nasional malah mencakupi 33 stesen negeri,”katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran Showcase Jom Dengo JOHORfm Sempena Pra Sambutan 55 Tahun JOHORfm di perkarangan Muzium Bugis, Taman Rekreasi Sungai Rambah Rimba Terjun, Pontian, semalam.

Tambahnya, JOHORfm juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan inisiatif itu dengan membawakan siaran radio secara visual dalam rancangan bual bicara Selamat Pagi Malaysia dan Saluran TV Digital myFreeview.

Advertisement

Ia sejajar hasrat kerajaan memacu teknologi baharu dengan menjadi medium penyampaian maklumat utama yang tepat dan pantas menerusi siaran televisyen dan radio.

Dzulkefly juga tidak dinafikan perkhidmatan radio JOHORfm yang banyak memberi impak baik dan berkesan kepada pendengar dengan penyaluran maklumat nasional dan tempatan kepada pendengar.

Jelasnya, JOHORfm terus bertindak sebagai agen komunikasi dan perpaduan serta berfungsi sebagai ‘jambatan’ antara kerajaan dan rakyat terutamanya membantu kerajaan hari ini menerapkan pemahaman dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat.

Advertisement

“Saya yakin keberhasilan rancangan dan program yang mantap dan luar jangka dapat dihasilkan dengan pengalaman 55 tahun JOHORfm.

“Kejayaan itu sudah tentu di dukung dengan budaya kerja yang progresif dan inklusif serta pengukuhan kerja berpasukan dalam JOHORfm,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top