BM | EN | 中文

RSK dan PPR seluruh Johor akan jalani proses sanitasi

Projek-Perumahan-Rakyat-PPR-Bandar-Uda-Utama.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan FB Rumah dan Hartanah JDT di Iskandar Malaysia)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 MEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan Operasi Sanitasi Awam Covid-19 di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) di seluruh negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, operasi itu telah pun bermula pada 29 April lalu dan JBPM Johor telah melaksanakan sanitasi di sebanyak sembilan buah kawasan PPR dan RSK di negeri ini.

Sementara itu katanya, secara keseluruhan operasi sanitasi awam telah dilaksanakan di 1,428 lokasi di seluruh Johor bermula 27 Mac sehingga 30 April.

Advertisement

Ia merangkumi 568 buah bangunan kerajaan, 134 buah rumah ibadat, 319 lokasi tempat awam) dan 407 bagi lain-lain lokasi.

Dalam itu beliau memaklumkan purata peratusan terhadap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Johor sehingga 30 April 2020 kekal pada pada kadar 97 peratus.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top