BM | EN | 中文

Rombakan kecil Exco di Selangor perkukuh pentadbiran negeri

Rombakan-Exco-Selangor-Borhan-Zawawi.jpg
Advertisement

KLANG, 17 SEPT: Dua muka baharu Exco Selangor menyifatkan jawatan yang disandang bukan untuk bermegah sebaliknya diiringi tanggungjawab besar untuk mengukuhkan pentadbiran negeri.

Ahli Dewan Negeri (Adun) Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah berjanji akan menggalas amanah diberikan dengan baik bagi memastikan nasib rakyat sentiasa terbela.

“Saya menzahirkan kesyukuran dan ribuan terima kasih kepada tuanku kerana memberi kepercayaan menggalas jawatan dan akan membalas kepercayaan ini dengan berkhidmat sedaya mampu,” katanya, lapor Media Selangor.

Advertisement

Adun Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kerana memberi peluang untuk menyumbang kepada negeri.

“Saya akan gunakan pengalaman dan ilmu yang saya ada untuk mengukuhkan pentadbiran negeri selain memastikan pembangunan negeri seiring dengan pengembangan agama Islam,” katanya.

Borhan dan Mohd Zawawi mengangkat sumpah sebagai Exco di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Balairung Seri Istana Alam Shah, hari ini.

Advertisement

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memanjatkan kesyukuran selepas selesai penyempurnaan majlis pelantikan Exco baru kerajaan negeri.

“Kita telah dapat menyelesaikan pelantikan Exco-exco yang tertangguh selama beberapa bulan ini disebabkan PKP dan sebagainya.

“Saya percaya dengan pelantikan ini akan dapat memperkukuhkan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri dan seterusnya dapat meneruskan agenda-agenda dan perancangan kerajaan negeri yang diatur,” katanya lagi.

Advertisement

Pada 5 Mac pentadbiran kerajaan negeri tidak lagi dianggotai Bersatu selepas mengambil kira dinamik politik semasa peringkat Persekutuan.

Susulan itu Adun Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari tidak lagi memegang jawatan EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan.

Perubahan politik turut menyaksikan jawatan Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar kosong susulan pelucutan keahlian Haniza Mohamed Talha dalam PKR dengan syor Lembaga Disiplin ketika mesyuarat bulanan pada 28 Jun.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top