BM | EN | 中文

RMBJ diagih secara telus kepada rakyat

IMG-20200215-WA0009.jpg

JOHOR BAHRU, 15 FEB: Projek Perumahan Rumah Mampu Biaya Johor C (RMBJ C) Kulai merupakan RMBJ ke-17 yang menggunakan Sistem Perumahan Mampu Biaya Johor (SP2MJ).

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, tujuan penggunaan sistem itu adalah untuk mengagihkan perumahan kepada pembeli secara terbuka, sistematik dan lebih telus.

“SP2MJ merupakan satu kaedah penawaran secara undian terbuka dan orang awam boleh melihat sendiri bagaimana proses pemilihan dilaksanakan.

“Tentunya sistem ini telah banyak memberi manfaat kepada rakyat negeri ini khususnya golongan B40 dan M40,” katanya ketika merasmikan Majlis Undian Terbuka Rumah Mampu Biaya Johor Jenis C, di sini hari ini.

Tambah ADUN Kota Iskandar itu lagi, pemohon yang layak boleh memohon dan memilih unit rumah daripada projek yang ditawarkan setelah melepasi proses saringan kelayakan sebelum hadir semasa hari undian.

SP2MJ telah diperkenalkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Perumahan bagi membentuk sistem agihan yang bersih, telus dan adil kepada pembeli.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top