BM | EN | 中文

RM85.1 juta peruntukan untuk pembangunan, perkasa anak muda Johor

IMG-20200219-WA0020.jpg

Dr Sahruddin bersama barisan Exco kerajaan negeri dan para mahasiswa di Majlis Perasmian Penutupan Gerbang Idealis Mahasiswa Johor (GIM Johor) 2020 di Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Advertisement

BANGI, 19 FEB: Kerajaan negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM 85.1 juta bagi usaha pembangunan dan pemerkasaan anak muda meliputi para mahasiswa anak Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, kerajaan negeri telah menggariskan 26 titik fokus untuk anak muda negeri ini daripada keseluruhan 183 titik fokus pada Belanjawan Johor 2020.

Menurutnya, kerajaan Johor juga menyediakan peruntukan khas untuk aktiviti persatuan anak Johor sebanyak RM500,000 dan wang pengurusan setiap persatuan anak negeri Johor di seluruh IPT sebanyak RM2,000.

Advertisement

“Kerajaan negeri turut menawarkan Insentif Harapan Siswa yang merupakan bantuan pendaftaran melanjutkan pelajaran ke universiti kepada semua anak jati Johor.

“Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM500 bagi pelajar diploma dan RM1,000 bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Gerbang Idealis Mahasiswa Johor (GIM Johor) 2020 di Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Advertisement

Dr Sahruddin yang juga ADUN Bukit Kepong berkata, pelbagai peruntukan disediakan adalah berdasarkan keperluan mahasiswa dan anak muda Johor yang akan menjadi modus pembangunan, kejayaan dan kemajuan pada masa hadapan.

Tambahnya, kerajaan Johor berhasrat untuk memperkasakan kebolehpasaran golongan belia dan anak muda Johor melalui Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional  (TVET).

“Langkah itu bertujuan untuk memastikan golongan muda kelahiran Johor mampu berdaya saing dan menempuh cabaran globalisasi seiring dengan kehendak Revolusi Industri 4.0

Advertisement

“Disamping itu, melalui Yayasan Pelajaran Johor dalam melaksanakan Program Mahasiswa Harapan Masyarakat yang mengangkat peranan mahasiswa dalam projek kemasyarakatan berimpak tinggi,” katanya lagi.

Jelasnya, insiatif itu mengandungi 23 projek melibatkan 450 mahasiswa, menyasarkan seramai mungkin masyarakat penerima manfaat di seluruh 10 daerah di negeri Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top