BM | EN | 中文

RM68,700 kompaun dikeluarkan KPDNHEP Johor sejak Januari hingga Selasa

kpdnhep-johor-tangkak.png
Advertisement

TANGKAK, 21 APR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor mengeluarkan kompaun sebanyak RM68,700 bagi tempoh 1 Jan hingga semalam membabitkan pelbagai kesalahan.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Johor Mohd Hanizam Kechek berkata antara tindakan diambil adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, Akta Timbang Sukat (ATS) 1972, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (AJLSAP) 1993.

“Dalam tempoh itu juga sebanyak 4,025 premis telah diperiksa meliputi 3,425 peruncit, pemborong (498) dan 102 pengilang di seluruh daerah di negeri ini.

Advertisement

“Susulan daripada pemeriksaan yang dijalankan itu, sebanyak 436 kes telah dikenal pasti sepanjang tempoh tersebut dengan nilai rampasan sebanyak RM2.702 juta,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Mohd Hanizam mengadakan tinjauan bekalan keperluan asas dan pemeriksaan sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri diiringi Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP cawangan Muar Rizq Fazliana Abdul Hamid bersama 15 anggota penguat kuasa KPDNHEP cawangan Muar dan Johor Bahru di sebuah pasar raya di Tangkak.

Mohd Hanizam berkata pemeriksaan itu juga dijalankan secara serentak di semua cawangan KPDNHEP Johor melibatkan 200 orang anggota penguat kuasa.

Advertisement

Beliau berkata pemeriksaan itu bagi memastikan peniaga barangan harian dan keperluan terutama di lokasi tumpuan ramai mematuhi peraturan ditetapkan selain memastikan stok bekalan mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan skim ini di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan salah laku peniaga sepanjang tempoh SHMMP dan PKPB boleh disalurkan kepada pihak KPDNHEP melalui talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC) atau hadir di lapan pejabat cawangan KPDNHEP Johor.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top