BM | EN | 中文

RM600,000 dirampas SPRM adalah wang bantuan Covid-19, Ramadhan dan Hari Raya

ARMADA-PPBM-Bersatu.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Wang berjumlah RM600,000 yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bagi persiapan kegunaan bantuan Covid-19, Bulan Ramadhan dan Hari Raya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam, ini adalah kerana ketidaktentuan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa tempoh hari.

“Armada Bersatu Malaysia ambil maklum mengenai kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah berkaitan RM600,000 wang yang dikatakan berkemungkinan penyelewengan wang.

Advertisement

“Armada Bersatu Malaysia setegas-tegasnya tidak menyokong sebarang bentuk penyelewengan wang.

“Kami alu-alukan penyiasatan dijalankan dengan adil,” kenyataan Armada dipetik.

Dalam kenyataan tersebut menjelaskan fasa pertama bantuan makanan telah diedarkan diseluruh negara pada bulan Ramadhan manakala bantuan kebajikan tambahan juga telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Advertisement

“Ini adalah perkara asas bagi menjaga kebajikan ahli seperti mana yang dilakukan oleh Parti Bersatu di peringkat Pusat,” katanya

Kenyataan turut menyebut pihak Armada sedia bekerjasama dengan SPRM untuk menyiasat perkara ini selagi mengikut garis panduan dan prosedur yang betul.

“Kami sentiasa berpegang pada prinsip berani kerana benar,” ujarnya lanjut.

Advertisement

SPRM kelmarin merampas wang tunai RM600,000 daripada dua ahli Armada dipercayai milik parti yang disalahguna

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali, berkata kedua-dua dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan kes kehilangan wang bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut beliau menerusi pemeriksaan yang dijalankan, SPRM menemui wang tunai keseluruhannya berjumlah RM600,000 di dua kediaman berkenaan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top