BM | EN | 中文

RM4,850 lesap ditipu ‘Adun’ palsu

waspada-penipuan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JAN: Polis sedang mengesan seorang individu menyamar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dikatakan meminjam wang daripada mangsa menerusi WhatsApp.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah, berkata kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Terdahulu, kami menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 55 tahun mendakwa diperdaya RM4,850 bagi urusan bantuan komputer kepada sekolah di kawasan ADUN terbabit, pada Rabu lalu.

Advertisement

“Suspek menghubungi mangsa menggunakan talian 010-3865922 dan memperkenalkan diri menyamar sebagai ADUN berkaitan sebelum memaklumkan mahu meminjam RM1,350 daripadanya.

“Suspek meminta mangsa memindahkan wang ke akaun 693 281 9417 atas nama Marlon Talib (keldai akaun) dan turut meminta mangsa memindahkan wang tambahan berjumlah RM3,500 ke akaun sama,” katanya dalam kenyataan semalam

Mangsa kemudiannya diminta sekali lagi untuk membuat pemindahan RM1,500 namun mangsa mengesyaki ditipu kerana suspek gagal dihubungi.

Advertisement

Mohd Salleh dilaporkan BH Online berkata, mangsa kemudian melaporkan kejadian di Balai Polis Batu Pahat.

Katanya, orang ramai perlu membuat semakan sebelum melakukan transaksi kewangan serta wajar bersemuka individu yang mahu meminjam wang dan jangan mudah mengikuti arahan menerusi WhatsApp.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top