BM | EN | 中文

RM45 JUTA UNTUK TINGGIKAN BENTENG PANTAI BATU PAHAT DAN PONTIAN

f4e7a08d-70e7-46df-bb23-33362acc33ac1.jpg
Advertisement

 

ISKANDAR PUTERI, 21 NOV : Peruntukkan sebanyak RM45 juta untuk melaksanakan projek meninggikan benteng pantai di daerah Batu Pahat dan Pontian.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, projek berkenaan bertujuan mengelakkan kemusnahan harta benda akibat penerobosan air laut.

Advertisement

“Kesan kemaraan air laut turut memberi impak kepada bentuk muka bumi negeri ini. Fenomena ombak besar menjadikan kawasan pantai terhakis.

“Dengan peruntukkan sebanyak RM45 juta, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) akan melaksanakan projek meninggikan benteng pantai di daerah Batu Pahat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020 pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di sini hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu, Dr Sahruddin memberitahu, pihak JPS akan melaksanakan 13 projek tebatan banjir di seluruh negeri dengan peruntukkan sebanyak RM6 juta.

“Ia bertujuan untuk memitigasi kejadian dan risiko banjir.

“Dana ini boleh digunakan untuk pengurusan saliran termasuklah kerja-kerja menaiktaraf parit Taman Nakhoda, Sungai Lengan Baju di daerah Mersing sebanyak RM1.2 juta dan projek tebatan banjir Kampung Parit Haji Hashim di daerah Batu Pahat sebanyak RM1.5 juta,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top