BM | EN | 中文

RM30,000 untuk tiga KRT di Kluang laksana aktiviti pertanian

adun-mengkibol.jpg

Penggerak Usahawan Tani Mengkibol (UTM) bersama projek pertanian komuniti yang berjaya dihasilkan

Advertisement

KLUANG, 22 FEB: Sebanyak RM30,000 diperuntukkan kepada tiga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini yang menjalankan program pertanian di kawasan kejiranan mereka.

ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, insentif tersebut disalurkan sebagai galakan kepada komuniti setempat merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan pertanian yang memberikan impak tinggi di kawasan masing-masing.

Katanya, ketiga-tiga KRT tersebut iaitu KRT Taman Intan 2, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Mengkibol dan MPKK Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin dengan masing-masing menerima peruntukan dalam bentuk peralatan bernilai RM10,000.

Advertisement

“Aktiviti pertanian di dalam komuniti ini merupakan satu aktiviti yang sangat baik dan patut diusahakan dengan lebih meluas serta pihak kerajaan juga perlu memberi bantuan bagi menarik minat masyarakat.

“Peruntukan ini bagi menyokong aktiviri pertanian dalam komuniti dan diharapkan dapat menambah pendapatan nasyarakat setempat dan juga melahirkan komuniti yang aktif dan sihat,’ katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan dan taklimat di Balairaya KRT Taman Intan 2 bagi memberi penerangan berkaitan program pertanian dalam domuniti.

Advertisement

Program tersebut turut disertai barisan jawatankuasa KRT Taman Intan 2, MPKK Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin dan MPKK Kampung Mengkibol selaras insentif Usahawan Tani Mengkibol (UTM) yang merupakan idea cetusan Chong Sin sendiri.

Tambah beliau lagi, sntara tujuan program ini adalah untuk perkongsian ilmu dan pengalaman daripada AJK KRT Taman Intan 2 yang telah menjalankan aktiviti pertanian dalam komuniti sejak tahun 2016.

“Antara aktiviti yang dirancang di dalam insentif ini adalah untuk menubuhkan pasar komuniti di mana hasil tanaman komuniti dapat dijual kepada orang ramai,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top