BM | EN | 中文

RM3 JUTA DIPERUNTUK FAMA, NAFAS BANTU MANGSA BANJIR – SALAHUDDIN

salahuddin-ayub-tampoi-back-to-school.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 DIS: Sebanyak RM3 juta diperuntukkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata bantuan ini adalah tindakan persiapan kementerian tersebut menjelang musim tengkujuh yang sedang melanda baru-baru ini.

Beliau berkata melalui peruntukan ini, mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di negeri Kelantan dan Terengganu dibekalkan dengan makanan keperluan bagi meringankan beban keluarga yang terjejas.

Advertisement

“Peruntukan RM3 juta itu merupakan antara sumbangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dimana RM2 juta di peruntukkan oleh FAMA dan RM1 juta lagi oleh pihak NAFAS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang akhbar selepas melancarkan program Jom ke Sekolah yang diadakan di pasaraya @Mart, Kempas di sini, hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, pada waktu yang sama, pihaknya juga sedang melakukan siasatan terhadap kawasan-kawasan pertanian yang terjejas dan rosak akibat bencana banjir.

Advertisement

“Pampasan akan diberikan kepada petani dan pesawah di Kelantan dan Terengganu yang pertaniannya terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

“Tetapi buat masa ini kita harus dapatkan laporan terlebih dahulu daripada pegawai-pegawai berkenaan termasuklah daripada Jabatan Pertanian dan agensi-agensi lain yang terlibat sama di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata manakala bagi banjir di Johor pula, pihaknya akan melihat keadaan dimana bantuan-bantuan yang telah disediakan itu akan turut dapat disampaikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Advertisement

“Bantuan tambahan akan disediakan sekiranya diperlukan untuk meringankan beban-beban keluarga yang terjejas,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top