BM | EN | 中文

RM3.3 juta diperuntuk demi kebajikan dan pembangunan di Parlimen Pulai

kad-laporan-ahli-parlimen-pulai-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JAN: Sejumlah RM3.3 juta diperuntuk bagi program pembangunan dan kebajikan untuk kemakmuran dan kesejahteraan di kawasan Parlimen Pulai bagi sepanjang tahun lalu.

Berdasarkan kad laporan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub, peruntukan tersebut dibahagikan kepada lima kategori iaitu Projek Mesra Rakyat, Pembangunan Komuniti, Pembangunan Belia dan Wanita selain Pendidikan dan Kebajikan.

Menurut kad laporan tersebut, Projek Mesra Rakyat mendapat agihan tertinggi iaitu sebanyak RM 1.7 juta diikuti Kebajikan (RM782,279), Pembangunan Komuniti (RM424,000), Pembangunan Belia dan Wanita (RM312,000) dan Pendidikan (RM115,900).

Advertisement

“Parlimen Pulai terletak di tengah bandaraya Johor Bahru dan sedang pesat membangun di bawah Iskandar Malaysia. Jumlah penduduk di kawasan parlimen Pulai terus meningkat kerana migrasi masyarakat luar bandar ke kawasan bandar untuk mencari rezeki.

“Kawasan Pulai dihuni oleh pelbagai golongan masyarakat merentasi kaum, agama dan taraf kehidupan. Justeru itu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai (PKRPP) telah berperanan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tambahnya, pelbagai program telah dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM3,334,579.35.

Advertisement

“Program-program tersebut dilaksanakan untuk memastikan kebajikan rakyat di kawasan itu terjaga dan kemakmuran dapat dinikmati bersama. Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai akan terus menyediakan program untuk kesejahteraan rakyat Pulai.

“Kualiti perkhidmatan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai akan ditingkatkan bagi memastikan isu rakyat terus diberi perhatian. Pelbagai usaha akan dilakukan pada tahun 2020 untuk kemakmuran bersama,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top