BM | EN | 中文

RM24.1 JUTA DAN RM1.5 JUTA UNTUK BANTUAN PENDIDIKAN DAN PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR

IMG-20191203-WA0022.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 DIS : Dalam membangunkan pendidikan anak-anak negeri ini, belanjawan Johor 2020 telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi Program Pembangunan Pelajar manakala RM24.1 juta bagi Bahagian Bantuan Pendidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia dan Sains Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, Program Pembangunan Pelajar itu termasuklah Program Tuisyen SPM, E-Learning, kem pembangunan pelajar dan Penggayaan Bahasa Inggeris.

“Bantuan pendidikan pula termasuklah Biasiswa Dato’ On, Biasiswa Sultan Ibrahim, Pinjaman Pelajaran dan Tabung Latihan Kemahiran Johor” ucapnya dalam Majlis Sulaman Bakti Sanjungan Budi di Ulu Tiram pagi tadi.

Advertisement

Dalam majlis yang meraikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah kerana menjayakan Tuisyen Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Kem Kepimpinan Muda Johor, Aminolhuda juga turut mengumumkan kedua-dua program ini akan diteruskan tahun hadapan.

“Memandangkan Tuisyen SPM YPJ dan Kem Kepimpinan Muda Johor memberi impak positif kepada pendidikan anak-anak Johor, ianya wajar diteruskan”

“Pada 2019 Tuisyen SPM YPJ memberi manfaat kepada 2,875 orang pelajar.

Advertisement

“Pada tahun ini juga, sebanyak empat siri Kem Kepimpinan Muda Johor telah dilaksanakan melibatkan peserta sebanyak 440 orang,” katanya.

Tambah beliau lagi, program Tuisyen SPM YPJ menerima peruntukkan sebanyak RM300,000, manakala Kem Pembangunan Pelajar sebanyak RM500,000 bagi tahun 2020.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top